fbpx

Sektor pelancongan antara tumpuan Bajet 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU Zafrul Tengku Abdul Aziz (kiri) menyampaikan telefon pintar kepada pelajar Orang Asli di Kampung Libahan dekat Tasik Bera di Bera semalam.

BERA – Sektor pelancongan yang menjadi antara sektor penting dalam memacu ekonomi negara akan turut diberikan keutamaan dalam pembentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sektor pelancongan dilihat sebagai sektor yang terjejas teruk dengan merekodkan kerugian RM1.35 bilion pada 2020 dan anggaran kerugian RM1.65 bilion pada tahun ini.

“Selain sektor pelancongan sektor peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana akan diberi tumpuan bagi meningkatkan keupayaan dalam merancakkan usaha mengukuhkan daya saing negara.

“Fokus utama kerajaan pada tahun 2022 ialah tahun pemulihan ekonomi ekonomi selari dengan pembukaan semua sektor ekonomi,” katanya selepas mengadakan siri Jelajah Bajet 2022 di Kampung Libahan Tasik Bera di sini semalam. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI