fbpx

Jenazah Zolkples Embong selamat disemadikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Shapawi menyiram air mawar pada pusara Zolkples di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya, Dungun hari ini.

DUNGUN – Jenazah bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya, di sini sebentar tadi.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada pukul 10.40 malam berhampiran pusara ibu bapanya, Embong Jusoh dan Mandak Muda.

Terdahulu, jenazah Allahyarham yang dibawa dengan van jenazah dari Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur dibawa ke rumah keluarganya di Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir bagi penghormatan terakhir oleh ahli keluarga.

Turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan ialah Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah dan ahli keluarganya.

Zolkples, 62, dilaporkan ditemukan telah meninggal dunia di kediamannya di Jalan Pandan Indah 1/11A, Pandan Indah, Ampang oleh pembantu peribadi pada pukul 8.31 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak mengesahkan, tiada sebarang kesan pecah masuk atau pergelutan ditemukan.

“Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) dan punca sebenar kematian masih dalam siasatan,” katanya yang turut memberitahu Allahyarham dilaporkan tinggal seorang diri dan tidak pernah berkahwin.

Allahyarham pernah memimpin MSN selama tujuh tahun dari April 2007 hingga Disember 2014. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI