fbpx

Tompok matahari medan magnet kuat dirakam di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej tompok matahari AR2871 yang dirakam Observatori Negara Langkawi.

PETALING JAYA – Imej tompok matahari yang mempunyai medan magnet kuat dan menghasilkan letusan suar suria kelas M3 telah dirakam di Observatori Negara Langkawi pada 23 September lalu.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) berkata, imej tompok matahari dikenali sebagai AR2871 itu diambil menggunakan penapis cahaya nampak.

“Penapis cahaya nampak membenarkan kita mencerap aktiviti matahari di lapisan fotosfera (permukaan matahari yang dilihat memancarkan cahaya).

“Tompok matahari merupakan kawasan paling sejuk di permukaan matahari iaitu sekitar 4,000 darjah Celsius,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Katanya, berdasarkan imej yang diperoleh melalui Satelit Balai Cerap Solar dan Heliosferik (SOHO) oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) menunjukkan suar suria berkenaan menghasilkkan hamburan jisim korona ke angkasa.

Menurutnya, korona merupakan lapisan paling luar atsmosfera matahari yang mempunyai suhu sangat tinggi mencecah 1,000,000 darjah Celsius.

“Bagaimanapun, ia tidak membawa kesan langsung terhadap planet Bumi,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI