fbpx

‘Road to sejuta follower’, Nam Ron tayang badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAM RON

PETALING JAYA – Pelakon terkenal Nam Rom sempat mengejutkan peminat apabila menayangkan badannya demi meraih sejuta pengikut menerusi akaun Instagramnya.

Nam Ron atau nama lengkapnya Shahili Abdan, 52, dipercayai memuat naik gambar berkenaan sebagai sinikal terhadap trend stesen televisyen yang memilih pelakon berdasarkan jumlah pengikut berbanding bakat lakonan.

“Menyahut cabaran stesen televisyen dan sesetengah penerbit yang mahukan sekurang-kurangnya 1 juta pengikut di media sosial.

“Road to 1 million followers (Menuju ke satu juta pengikut). Foto bogel penuh akan disiarkan sekiranya sasaran tercapai sebelum 2022,” kata Nam Ron sedikit secara sinikal.

Rata-rata peminat tidak mengambil serius tentang aksi ‘separuh bogel’ Nam Ron itu, sebaliknya ramai yang menyifatkannya sebagai bahan jenaka dan sindiran.

“Kelebihan lelaki, kami boleh tayang dada bogel dan tidak dikatakan lucah berbanding wanita,” tulisnya.

Setakat ini, Nam Ron yang juga pengarah filem One Two Jaga itu sudah menggenggam lima anugerah berprestij antaranya, Pelakon Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-29 menerusi filem Redha.

Pelakon yang sudah 32 tahun berkecimpung dalam dunia seni itu setakat ini memiliki 107,000 pengikut di Instagram.

Sebelum ini, isu yang sama pernah dibangkitkan oleh rakannya yang juga seorang pelakon berkaliber, Amerul Affendi pada tahun lalu.

Amerul meluahkan kekesalan apabila menyedari pihak stesen televisyen tidak mahu mengambilnya berlakon selagi pengikut media sosial tidak mencecah angka 500,000.

Selepas lantang bersuara tentang isu tersebut dan meluahkan kebimbangannya tentang masa depan sebagai pelakon pengikut Instagram Amerul meningkat dan kini dia memiliki 302,000 pengikut di Instagram.

SYAZWAN ZULKIFLY

Isu ‘road to 1 million follower’ turut diikuti seorang lagi aktor berkaliber, Syazwan Zulkifly turut memuat naik status dengan nada serupa. Dalam sekeping gambar lengkap memakai sut, pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu menulis:

“Selepas seminggu berhempas pulas mencuba pelbagai memek muka ini, memek muka itu, gaya macam ni, gaya macam tu.

“Inilah yang terkacak mampu dihasilkan oleh saya setakat ini. Diharap melalui gambar ini, satu juta follower mampu diraih dalam masa terdekat. (ada producer kata nak job berlakon kena ada 1juta follower). Amacam? Kacak tak?

Sehingga kini, pelakon yang diperkenalkan menerusi drama bersiri fenomena, Juvana itu mempunyai 908,000 pengikut Instagram. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI