fbpx

Harimau Malaya tanpa Dion Cools

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COOL (tengah) yang mengalami kecederaan terlepas peluang untuk bersama skuad Harimau Malaya pada aksi persahabatan antarabangsa di Amman, Jordan bulan ini.

PEMAIN berdarah kacukan negara, Dion Cools terlepas peluang untuk mewakili skuad Harimau Malaya pada aksi persahabatan antarabangsa di Amman, Jordan awal bulan ini selepas mengalami kecederaan.

Perkara itu disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam selepas seorang lagi tonggak pertahanan yang mewakili pasukan Selangor FC, Syahmi Safari turut diketepikan ekoran kecederaan.

Susulan itu, ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengambil keputusan untuk memanggil dua muka baharu iaitu Muhd. Ariff Farhan Md. Isa dan Muhd. Shahrul Nizam Ros Hasni untuk menyertai kem latihan pusat bermula esok.

“Cheng Hoe telah memanggil dua pemain pertahanan iaitu Ariff Farhan dari Kedah Darul Aman FC dan Shahrul Nizam (Terengganu FC) untuk melapor diri ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya petang esok.

“Kehadiran mereka bagi melengkapkan senarai 24 pemain Harimau Malaya yang dipanggil untuk menghadapi dua aksi antarabangsa bertemu Jordan pada 6 Oktober dan Uzbekistan (9 Oktober).

“Kedua-dua pemain terbabit menggantikan tempat Syahmi Safari dan Dion Cools yang disahkan tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini kerana kecederaan,” kata FAM dalam satu kenyataan semalam.

Sebagai rekod, Cools yang mewakili kelab gergasi Denmark, FC Midtjylland telah menyertai skuad Harimau Malaya buat pertama kali pada saingan kelayakan Piala Asia 2023/Piala Dunia 2022, Jun lepas.

Cools yang berusia 26 tahun memilih untuk ‘menukar’ negara yang diwakilinya selepas terlebih dahulu bermain bersama skuad antarabangsa remaja Belgium di awal kariernya sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI