fbpx
Anggota APM memindahkan mangsa banjir di Kampung Pokok Machang dalam daerah Padang Terap ke PPS pada malam semalam.

Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 264 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat apabila seramai 264 orang daripada 99 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sejak kelmarin.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah memberitahu, sebanyak 15 PPS dibuka di tiga daerah mulai pukul 10.30 malam kelmarin sehingga pukul 3 pagi ini.

Kata beliau, daerah terbaharu terjejas ialah Padang Terap apabila seramai 10 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tampoi.

“PPS SK Bukit Tampoi dibuka pada pukul 8 malam semalam selepas rumah mangsa dilanda banjir akibat limpahan Sungai Padang Terap berikutan hujan lebat berpanjangan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Saifuddin, daerah paling teruk terjejas ialah Baling dengan jumlah mangsa ditempatkan di PPS seramai 235 orang daripada 89 keluarga.

“Tujuh PPS dibuka pada hari pertama kejadian banjir Selasa lalu diikuti tiga PPS pada hari kedua dan seterusnya dua lagi PPS dibuka pada tengah malam dan awal pagi ini.

“Tiga PPS yang dibuka pada semalam ialah PPS Maktab Mahmud, PPK SK Malau dan PPK SMK Parit Panjang manakala dua PPS iaitu Surau Barakah Tembak B dan Kampung Padang, Kupang masing-masing dibuka pada 12.50 tengah malam dan 3 pagi ini,” ujarnya.

Katanya, penambahan PPS turut berlaku di daerah Sik melibatkan SK Sik yang dibuka pada pukul 12 tengah malam tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI