fbpx

[KEMASKINI] Bayi syurga Azmi Saat selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah anak kepada penyanyi Azmi Saat selamat dikebumikan sekitar pukul 6.15 petang tadi di tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Jenazah anak kepada penyanyi Azmi Saat yang dilaporkan meninggal dunia hari ini selamat dikebumikan sekitar pukul 6.15 petang tadi di tanah Perkuburan Islam AU2, Keramat, Kuala Lumpur.

Sebelum itu, jenazah Khairul Afnan yang berusia tiga hari telah diuruskan oleh pihak hospital untuk dikafan dan disembahyangkan.

Terdahulu, belum pun seminggu menyambut kelahiran cahaya mata sulung selepas penantian selama 10 tahun, Azmi dan isterinya Nazira diuji selepas anak mereka dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat.

vokalis kumpulan Caliph Buskers itu berkongsi keadaan anaknya selepas doktor mengesyaki bayi itu mempunyai masalah pada bahagian otak.

Ujar Azmi, Afnan terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu selepas doktor mengesyaki otak bayi itu tidak berfungsi kerana dia tidak bergerak. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI