fbpx

[VIDEO] 1,600 penduduk terjejas banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara lokasi yang terjejas selepas dinaiki banjir

JOHOR BAHRU – Dianggarkan seramai lebih 1,600 penduduk di beberapa kawasan di sekitar daerah ini terjejas setelah kediaman mereka dinaiki air akibat banjir kilat yang berlaku pagi hari ini.

Kejadian banjir kilat yang berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan terjejas antaranya Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Laut, Skudai; Jalan Permatang dan Jalan Denai Utama di Kempas.

Beberapa gambar yang tular di media sosial menunjukkan beberapa kawasan di pusat bandar Johor Bahru turut terkesan berlakunya banjir kilat.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor berkata, pihaknya menerima maklumat tentang banjir kilat kira-kira 6.50 pagi melibatkan beberapa lokasi berasingan.

Menurutnya, banjir kilat itu berlaku berpunca hujn lebat yang turun kira-kira pukul 6 pagi yang berlarutan lebih dua jam.

Katanya, susulan panggilan kecemasan diterima, beberapa pasukan bomba dari balai berhampiran digerakkan ke lokasi untuk tujuan pemantauan untuk memastikan tidak ada yang terperangkap dan tugas pemindahan sekiranya memerlukan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI