fbpx

Tukang jahit cabul operator kilang kena tangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Perbuatan keji seorang pekerja kedai jahit mencabul seorang remaja perempuan ketika mengambil ukuran memakan diri apabila dia ditahan di sebuah flat di Pandamaran di sini, kelmarin.

Penahanan suspek lelaki warga Indonesia berusia 38 tahun itu dilakukan pukul 9.20 malam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang juga operator kilang dari Sabah hadir ke premis suspek untuk menjahit seluar pada pukul 8.15 malam pada hari sama.

Kedai suspek terletak di salah sebuah blok di flat berkenaan.

“Suspek yang juga pekerja kedai secara tiba-tiba telah menyentuh kemaluan mangsa ketika mengukur lilitan paha.

“Tindakan suspek itu membuatkan mangsa terkejut sebelum beredar dan menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Bertindak atas maklumat, polis menahan suspek di pekarangan blok berkenaan dalam tempoh lebih sejam. Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah.

Suspek direman selama 14 hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI