fbpx

Lebih 10 kampung di 4 daerah di Kedah dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah di Sik selepas dilanda banjir kilat malam ini.

SUNGAI PETANI – Sekurang-kurangnya 10 buah kampung di daerah Yan, Kuala Muda, Sik dan Baling dekat sini dilanda banjir kilat akibat hujan lebat sejak petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 10 malam itu turut melibatkan beberapa kampung yang terletak di kaki Gunung Jerai dalam daerah Yan dekat sini.

Keadaan dinding sebuah rumah di Sik yang runtuh dalam kejadian banjir kilat malam ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam satu kenyataan berkata, kejadian banjir kilat di daerah Sik melibatkan Kampung Landai, Kampung Pinang dan Kampung Melaka dengan sebuah pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Gulau dibuka.

Terdapat mangsa terperangkap akibat dinding rumah di Kampung Landai runtuh dan mereka kemudiannya dibawa keluar oleh anggota bomba dan penduduk kampung.

Bagi daerah Kuala Muda, tiga kampung di Mukim Gurun yang terjejas ialah Kampung Cengai Sungai Ibor, Kampung Sungai Bongkok dan Kampung Batu 3 sementara di Mukim Semeling pula hanya sebuah kampung terlibat iaitu Kampung Sungai Tok Pawang.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Nur Iman Mustaffa berkata, sebanyak lima buah rumah yang terletak di sepanjang Sungai Tok Pawang dinaiki air.

“Paras air surut dengan cepat selepas hujan mulai reda kira-kira pukul 11 malam tadi dan kita telah menggerakkan anggota dan peralatan ke lokasi untuk memantau keadaan dan tiada mangsa dipindahkan setakat ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI