fbpx

Kos baik pulih Kompleks Seri Perdana RM38.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOMPLEKS kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya FOTO : FAISOL MUSTAFA

PETALING JAYA – Kerajaan mengesahkan kerja-kerja baik pulih kediaman rasmi Perdana Menteri, Kompleks Seri Perdana bernilai RM38.5 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, projek itu telah diluluskan pada 19 Mac 2021 dan kerja-kerja bermula pada 29 Mac 2021.

Beliau berkata, ia termasuk kerja-kerja penggantian sistem pendawaian elektrikal dan kebocoran atap Kompleks Seri Perdana.

“Ia dijangka siap pada 7 Disember 2021. Setakat hari ini kerja-kerja baik pulih telah mencapai 74 peratus kemajuan, berbanding 71 peratus seperti dalam jadual,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian susulan jawapan bertulis kepada pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat oleh Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mengenai status projek menaik taraf Kompleks Seri Perdana.

Menjelaskan berkenaan teks tersebut, Abd. Latiff berkata, soalan itu telah dijawab secara bertulis oleh beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dan bukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, Kompleks Seri Perdana yang dibina pada tahun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 1999 merupakan kediaman rasmi kerajaan untuk Perdana Menteri Malaysia.

“Berikutan usia Kompleks Seri Perdana telah mencecah 22 tahun, ia telah mengalami banyak kerosakan,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI