fbpx

CL berubah cita rasa terhadap lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CL

CITA rasa yang berubah terhadap sesuatu perkara adalah normal dan itulah yang sedang dilalui penyanyi popular CL ketika ini.

Dia yang muncul dalam program My Little Old Boy baru-baru ini berkata, sekarang cita rasanya terhadap lelaki sudah berubah berbanding dahulu.

“Dahulu saya meletakkan rupa paras sebagai perkara utama. Sekarang, apa yang lebih penting adalah saya mencari seseorang yang serasi.

“Serasi bersama maksudnya dari segi keperibadian dan pemikiran,” luahnya.

Selepas memberikan jawapan tersebut, penyanyi yang juga bekas anggota kumpulan 2NE1 itu kemudian ditanya oleh Seo Jang-hoon bahawa adakah sebenarnya dia masih meletakkan ketampanan sebagai satu dalam kriteria lelaki idamannya.

“Saya rasa ciri-ciri lelaki yang nampak kacak sudah berubah. Selera saya pada golongan lelaki adakalanya tidak tetap.

“Awak pun nampak sangat kacak,” katanya kepada hos, Shin Dong-yup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI