fbpx

Polis siasat jurugambar rakam Presiden Perancis pakai seluar renang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MACRON bercakap kepada pengunjung semasa menghadiri pesta makanan di Lyon Perancis semalam. - AFP

PARIS – Polis Perancis sedang menyiasat seorang jurugambar kerana kesalahan melanggar hak privasi berhubung gambar menunjukkan Presiden Emmanuel Macron memakai seluar renang  semasa bercuti di rantau Mediterranean, kata pendakwa raya kepada agensi berita AFP.

“Siasatan sedang dilakukan,” kata pejabat pendakwa raya Paris petang semalam selepas mengesahkan laporan mengenainya oleh stesen radio Europe 1.

Gambar itu merupakan antara sejumlah foto paparazi yang dilaporkan mencetuskan kemarahan Macron, 43, selepas disiarkan dalam majalah Voici pada Ogos 2020.

Sesetengah gambar itu menunjukkan Macron bersantai bersama isteri, Brigitte dan anggota keluarga lain di atas sebuah bot sambil memakai seluar renang. Foto itu dirakam ketika Presiden Perancis itu bercuti di istana kota Bregancon, French Riviera.

Sebilangan lagi gambar menunjukkan beliau menunggang jet ski.

Pejabat Macron enggan mengulas perkara itu tetapi Europe 1 melaporkan beliau dan Brigitte mengemukakan aduan jenayah kerana melanggar hak privasi mereka.

Jurugambar yang merakam foto tersebut, Thibault Daliphard memberitahu AFP bahawa dia diminta hadir ke sebuah balai polis dekat rumahnya di selatan Perancis esok. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI