fbpx

JAIS akan pantau Masitah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masitah menunjukkan dokumen pengisytiharan taubatnya. - Foto ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan terus memantau Masitah Ab. Jalar, 39, atau dikenali Sittah Annur walaupun telah melakukan pengisytiharan taubat (istitabah) hari ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, pengisytiharan itu tidak akan membatalkan mana-mana seksyen yang berkenaan iaitu Seksyen 7 dan Seksyen 8 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) Tahun 1995 dan fatwa yang telah dibuat atau akan difatwakan.

Katanya, langkah pemantauan ini berikutan terdapat kes-kes sebelum ini yang kembali kepada perbuatan lama.

“Tindakan ini dibuat atas dasar persetujuan Masitah pada sesi penjelasan bersama tiga orang panel yang dilantik JAIS pada 20 September lalu. Alhamdulillah, selepas diperjelaskan dengan begitu terperinci, Masitah akur, menerima dan menginsafi kekhilafan serta bersetuju melakukan istitabah.

“Secara prinsipnya, kita mahukan semoga majlis ini akan menyedarkan mana-mana orang yang cenderung atau berpegang, menyakini kenyataan Masitah kembali kepada pangkal jalan,” katanya pada sidang akhbar selepas pengisytiharan taubat oleh Masitah hari ini.

Jelas beliau, pengisytiharan ini bukan perkara baharu berikutan sebelum ini pernah dilakukan kepada balu pengasas al-Arqam, Hatijah Aam atau dikenali Ummu Jah dan Abdul Kahar Ahmad yang mengaku sebagai ‘Rasul Melayu’.

“Justeru, hendak dijelaskan bahawa ini adalah agama dan apa pun yang dilakukan termasuk penguatkuasaan adalah bagi menyelamatkan. Pendekatan ini (istitabah) ini digunakan supaya dilihat dan dirasai bahawa kami (JAIS) ingin menyelamatkan Masitah dan kawan-kawannya lain.

“Kita tidak mahu mengambil tindakan yang menjadikan orang lebih jauh daripada tuhan dan lebih rosak dan teruk,” tegasnya.

Ketika ditanya sama ada pengikut Masitah akan melakukan majlis pengisytiharan sama, Mohd. Shahzihan berkata, perkara itu tidak perlu dengan dan hanya perlu tekad bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah.

“Saya tidak mahu menyebut pengikut sebaliknya yang mereka yang minat kenyataan (Masitah) itu dan kita bimbang akan berlaku pemahaman yang taksub dan sangat bahaya kepada akidah dan keselamatan negara.

“Majlis ini (istitabah Masitah) kita bantu disebabkan melibatkan pengisytiharan,” katanya. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI