fbpx

Siasatan kes udara beracun hampir siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim ketika Majlis Perasmian Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2021, di sini hari ini. - MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

REMBAU – Kertas siasatan bagi kes pencemaran membabitkan pembuangan sisa kimia ke dalam tali air dan sungai di Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kempas, Johor sedang dilengkapkan dan dijangka siap dalam tempoh terdekat.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kertas siasatan yang lengkap kemudiannya akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk pertimbangan serta tindakan selanjutnya.

“Status terkini bagi pencemaran sungai berkenaan ialah kita sudah mengenal pasti punca dan bahan-bahan bukti juga telah dihantar ke makmal bagi proses pengesahan.

“Malah, sembilan individu yang disyaki juga sudah ditangkap, sekarang kita sedang melengkapkan kertas siasatan untuk proses pendakwaan,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2021 hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI