fbpx
JAMES CORDEN dan BTS.

Peminat bengang, James Corden gelar BTS ‘pelawat ganjil’ PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAMA pengacara rancangan televisyen Amerika Syarikat, James Corden tidak semena-mena menjadi bualan dalam kalangan netizen selepas menggelarkan kumpulan BTS sebagai unusual visitors (pelawat ganjil).

Insiden tersebut berlaku selepas BTS menjadi antara barisan kehormat mewakili Korea Selatan ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) beberapa hari lalu.

“Majlis umum PBB bermula pagi ini di New York dan dimulai dengan beberapa pelawat ganjil. BTS ada di sana, BTS melawati PBB,” kata Corden.

Tidak setakat itu, Corden cuba untuk menjelaskan kepada pegawai PBB tentang kejutan yang dialaminya memikirkan pengaruh BTS, bagaimanapun ramai peminat tidak menyukai cara dan gaya penyampaian pengacara itu ketika menyampaikan ucapan.

“Pemimpin dunia tidak mempunyai pilihan selain mengambil BTS secara serius.

“Pada penghujung hari, BTS mempunyai peminat (ARMY) terbesar di planet bumi,” katanya lagi.

Impaknya, komen bersahaja pengacara Amerika Syarikat itu telah menimbulkan kemarahan dan rasa kecewa dalam kalangan ARMY. Mereka berpendapat bahawa pengacara itu tidak berhak untuk memperlekehkan BTS.

“Dia tidak mempunyai hak untuk tidak menghormati BTS. Dia sangat cemburu dengan kejayaan BTS, saya tidak tahu mengapa.

“Dia (James Corden) harus meminta maaf pada BTS dengan segera,” ujar netizen.

Sehingga kini, pengacara yang terkenal menerusi The Late Late Show with James Corden itu tidak memberikan sebarang kenyataan atau permohonan maaf berhubung komen yang diberikan terhadap BTS.

POPULAR