fbpx

JPJ Terengganu lancar Ops Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aedy (tiga dari kanan) sedang memeriksa seorang penghantar makanan pada Ops. Merah di Jalan Kuala Berang berhampiran Pengadang Baharu Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 1,332 kesalahan jalan raya telah dikesan Jabatan Pangangkutan Jalan (JPJ) Terengganu sejak awal tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Operasi JPJ Malaysia, Aedy Fadly Ramli, berkata, tidak memakai topi keledar merupakan kesalahan terbesar dengan 547 kes diikuti melanggar lampu isyarat merah sebanyak 476 kes.

“Berdasarkan statistik seluruh negara, kesalahan melanggar lampu merah paling banyak dikesan pada tahun 2019 iaitu hampir 20,000 kes namun ia telah menurun kepada 12,000 pada tahun lalu susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ia merupakan kesalahan serius kerana membahayakan pengguna jalan raya dan Ops Merah akan diteruskan di negeri lain dalam masa terdekat,” katanya ketika meninjau operasi berkenaan di Jalan Pengadang Baru di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI