fbpx

Tarik, hadkan lesen LMM dan LKM pilihan terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Wee Ka Siong

PUTRAJAYA – Menarik balik atau mengehadkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang sah haruslah menjadi pilihan terakhir setelah mereka terbukti tiada keupayaan atau kemampuan untuk memandu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata , isu keselamatan jalan raya yang melibatkan pemandu warga emas turut dihadapi oleh sebahagian besar masyarakat dunia.

Katanya, ramai pemandu yang berumur lebih dari 70 tahun menunjukkan kecekapan dalam pemanduan berbanding pemandu yang lebih muda atas beberapa faktor termasuk yang berkaitan dengan tahap kesihatan mereka.

“Seksyen 30 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang berkuatkuasa pada masa ini juga menetapkan tanggungjawab kepada pemandu , pemegang lesen untuk secara sukarela menyerahkan lesen memandu apabila mempunyai tahap kesihatan yang tidak memuaskan dan boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Menilai seseorang pemandu hanya bersandarkan kepada faktor umur atau merujuk kepada kes terpencil semata-mata hanya akan menimbulkan diskriminasi terhadap golongan tersebut,” jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ka Siong berkata, sebarang perubahan dasar berkaitan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) harus dilakukan menerusi pendekatan sistematik dan menyeluruh berdasarkan bukti kukuh.

Katanya, isu ini perlu dilihat secara kolektif dan inklusif dengan mengambil kira pandangan semua pemegang taruh untuk merangka pelan penambahbaikan yang berkesan dan mapan dapat dicapai.

“LLM diberikan kepada mana-mana individu yang telah menunjukkan kecekapan dan kemampuan untuk mengendalikan kenderaan di jalan raya dengan selamat seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333),” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI