fbpx

Mayat terakhir tragedi bot karam Tenom ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat terakhir kejadian bot karam di Tenom, Sabah pagi tadi.

TENOM – Mayat seorang lagi mangsa bot karam Rabu lalu ditemui di Kampung Saliwangan Batu 64,  Beaufort pagi tadi.

Mangsa Joseph Sayah, 55, ditemui tersangkut di tebing sungai oleh orang awam sebelum melaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada kira-kira pukul 6.45 pagi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.52 pagi tentang penemuan itu.

“Setibanya pasukan bertugas di lokasi kejadian, kita mendapati memang terdapat seorang mangsa lemas seperti yang dilaporkan pemanggil.

“Mangsa yang tersangkut ditebing sungai dikeluarkan menggunakan stratcher sebelum diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

“Mayat terakhir ini ditemui kira-kira 37 kilometer dari lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Farhan Sufyan memaklumkan operasi mencari dan menyelamat bot karam bersama agensi bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahahan Awam Malaysia (APM) tamat pukul 8.55 pagi.

Terdahulu, seorang lagi mangsa yang hilang iaitu kanak-kanak berusia 12 tahun berjaya ditemui di Batu 60, sekitar 33 kilometer dari lokasi kejadian.

Dalam kejadian pada Rabu lalu kira-kira pukul 4 petang, kedua-dua mangsa hilang menaiki bot bersama dua lagi mangsa terselamat di Sungai Padas selepas membeli barangan keperluan di pekan Tenom.

Bagaimanapun, bot yang dinaiki mangsa dikatakan terbalik secara tiba-tiba ekoran arus deras ketika cuba menyeberangi sungai berkenaan.

Dua mangsa iaitu seorang lelaki warga emas lelaki dan seorang wanita berjaya menyelamatkan diri manakala dua lagi mangsa hanyut sebelum hilang di bawa arus deras. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI