fbpx

Isu banjir kilat sebab projek WCE diselesaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jajaran WCE Seksyen 11 melalui daerah Larut Matang Selama yang tertangguh dijangka siap pada 2024.

SELAMA – Isu banjir kilat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Trong akibat pembinaan projek Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) akan diatasi bagi mengelak kejadian berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air, dan Pengangkutan Awam negeri Perak, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, sebuah kolam enapan dan parit akan dibina bagi mengawal taburan hujan yang tinggi.

Menurut beliau, isu ini juga antara topik utama perbahasan semasa Sidang Dewan Negeri Perak pada Ogos lalu.

“Ini merupakan tindakan segera untuk memastikan semua agensi yang berkaitan libaturus mencari penyelesaian terhadap isu yang berbangkit.

“Pembinaan sebuah kolam enapan dan sesalur air bagi tujuan kawalan kelodak dan mengawal aliran air semasa hujan,” ujarnya semasa melawat Pembinaan Jajaran WCE Seksyen 11 di sini semalam.

Hadir sama Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama, Mohd. Akmal Dahalan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Trong, Jamilah Zakaria

Pembinaan Jajaran WCE Seksyen 11 telah mengalami kelewatan akibat prestasi kontraktor yang tidak memuaskan.

Disebabkan itu, pihak Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) telah melantik kontraktor baharu dan memberi jaminan projek jajaran ini akan siap pada 2024.

Dalam lawatan ini juga, turut dicadangkan pembinaan satu pusat perniagaan kecil menjual hasil-hasil dan produk tempatan penduduk Trong dibina.

Kata Mohd. Zolkafly, ia akan dibina secara usahasama antara WCE dan kerajaan negeri sebagai tarikan kepada pengguna jajaran ini selain meningkat sosio ekonomi setempat.

“Impak WCE cukup besar dan perlu dimanfaat sebanyak mungkin oleh kerajaan negeri.

“Oleh itu, isu-isu yang berbangkit khususnya kesan yang buruk terhadap rakyat perlu diselesaikan segera sebelum projek ini siap sepenuhnya,” ujar beliau.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI