fbpx

Dokumen rasmi RMK-12 di tangan PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Mustapa Mohamed menyerahkan dokumen rasmi Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PETALING JAYA – Dokumen rasmi Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) sudah diserahkan secara rasmi ke tangan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook milik beliau sebentar tadi memaklumkan perkara tersebut dan dokumen rasmi itu diberi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Hari ini saya menerima penyerahan dokumen rasmi Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada hari Isnin, 27 September 2021.

“Insya-Allah, semoga semuanya dipermudahkan,” jelas beliau di Facebook sebentar tadi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI