fbpx
Sajat.

PDRM dalam proses bawa pulang Nur Sajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa mereka kini sedang dalam proses membuat permohonan bagi membawa pulang usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat yang ditahan di Thailand pada 8 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan.

“Permohonan (untuk membawa pulang Nur Sajat) ini akan dibuat dalam tempoh masa yang terdekat.

“Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi yang boleh mengganggu siasatan polis,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, PDRM turut menyeru orang ramai agar tidak berkongsi maklumat salah berkaitan isu tersebut yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni dan menggugat ketenteraman awam.

Terdahulu, Kosmo! Online Isnin lalu melaporkan bahawa Nur Sajat telah ditahan oleh pihak imigrsen Thailand pada pukul 6 petang 8 September lalu atas kesalahan memiliki pasport yang tidak sah. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR