fbpx
Mayat bayi lelaki dipercayai berusia dua hari ditemui di dalam beg plastik hitam di asrama pekerja kilang, dekat sini semalam.

Mayat bayi dijumpai dalam asrama pekerja kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH – Mayat bayi lelaki dalam keadaan masih bertali pusat ditemui di dalam beg plastik hitam di sebuah asrama pekerja kilang di sini, dipercayai disembunyikan oleh ibunya warga Nepal sejak Isnin lalu.

Kejadian itu bagaimanapun terbongkar selepas pengurus kilang berkenaan memeriksa bilik suspek yang berusia 38 tahun pada pukul 8 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kejadian itu dikesan selepas wanita terbabit cuba mendapatkan rawatan di klinik panel dengan menggunakan alasan kakinya sakit.

“Pada Isnin lalu suspek telah meminta pemandu van kilang membawanya ke klinik pada pukul 1.30 pagi atas alasan sakit kaki, namun dia telah dirujuk ke Hospital Alor Gajah selepas disyaki mengalami keguguran.

“Pada pukul 8 pagi (semalam) pengurus kilang tersebut telah memeriksa bilik suspek dan menemui mayat bayi lelaki dalam keadaan masih bertali pusat yang disorokkan di dalam beg plastik hitam di atas katil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, Balai Polis Masjid Tanah kemudian menerima laporan panggilan berhubung kejadian pada pukul 9.10 pagi dan sepasukan pegawai penyiasat bersama-sama pasukan forensik bergegas ke lokasi.

“Hasil siasatan awal, kita percaya bayi lelaki tersebut telah berusia dua hari sebelum mayatnya ditemui.

“Suspek yang kini dirawat di wad di Hospital Melaka telah ditahan pada pukul 12 tengah hari semalam bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambahnya, pihak polis juga sedang mengesan teman lelaki suspek yang juga warga Nepal berusia 38 tahun. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

POPULAR

BERITA BERKAITAN