fbpx
KELANTAN UNITED berjaya menewaskan TFC II kelmarin sekali gus menghidupkan peluang mereka memburu slot ke saingan Piala Malaysia.

Kelantan United nekad buru slot terakhir ke Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KELANTAN United mencipta kejutan menumpaskan TFC II dengan keputusan 1-0 pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasi­ruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin sekali gus menghidupkan peluang merebut slot ke saingan Piala Malaysia.

Pengendali Kelantan United, Nazrulerwan Makmor berkata, Kelantan United kini di landasan terbaik untuk melengkapkan senarai 16 pasukan ke Piala Malaysia dengan syarat perlu menang besar ke atas Kuching City pada esok.

Menurut jurulatih berusia 41 tahun itu, hanya cara tersebut boleh memastikan pasukan kendaliannya meneruskan saingan musim ini susulan pembatalan Piala Cabaran.

“Kami wajib menang dua atau tiga gol tanpa bolos jika berhasrat memintas PDRM di tangga ketujuh liga seterusnya mengi­ringi empat pasukan Liga Premier ke Piala Malaysia.

“Walaupun dibarisi pemain muda dan tiada sebarang latihan sejak dikuarantin pada 10 September lalu, saya yakin Kelantan United boleh bermain baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nazrulerwan mengakui dirinya mula dirisik beberapa kelab Liga Premier bagi saingan musim dengan.

Begitupun, bekas pertahanan kental Selangor itu enggan mendedahkan pasukan yang melamarnya.

Nazrulerwan yang menggantikan jurulatih Jepun, Akira Higashiyama pada Julai lalu tidak menolak untuk kekal melatih skuad Kijang Hijau sekiranya te­rus diberi kepercayaan.

“Secara dasarnya ada (pasukan) yang bertanyakan, namun keutamaan sekarang menamatkan saingan liga yang berbaki.

“Jika pihak pengurusan berminat untuk mengekalkan khidmat saya, tidak salah untuk kekal. Kalau sebaliknya, saya boleh usahakan cara lain,” jelasnya.

POPULAR

BERITA BERKAITAN