fbpx

[VIDEO] 8 krew terselamat, kapal mewah karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara mangsa yang diselamatkan selepas kapal dinaiki karam di perairan Pelabuhan Selatan, Klang, dekat sini.

KLANG – Seramai lapan krew kapal mewah, Ocean Serene Langkawi berjaya diselamatkan apabila kapal mereka karam di perairan Pelabuhan Selatan di sini malam tadi.

Insiden itu tular menerusi video berdurasi 2 minit 50 saat di laman sosial memaparkan detik-detik kesemua krew itu diselamatkan sebuah bot pemancing.

Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali Hamzan Setia yang dipercayai individu yang menyelamatkan mangsa-mangsa terbabit memaklumkan kesemua krew terdiri daripada warga tempatan, Indonesia dan Filipina.

Katanya, operasi menyelamat itu mengambil masa kira-kira 15 minit.

“Balik dari laut rescue (selamatkan) kapal mewah Ocean Serene Langkawi tenggelam. Ambil masa dalam 15 minit rescue.

“Allah yang gerakkan saya lalu dekat situ. Alhamdulillah, semua kru kapal mewah (seramai) lapan orang selamat,” katanya menerusi hantaran di Facebook tersebut.

Hamzan memberitahu dia tidak menolak kemungkinan kapal mewah difahamkan berharga RM15juta tersebut berlanggar dengan kapal lain di sekitar kawasan berkenaan.

“Time (masa) ini, tuck boat (kapal tunda) tengah bawa kapal nak masuk Pelabuhan Selatan dalam gelap (dan) arus laju,” jelasnya.

Sementara itu, rata-rata pengguna kagum dengan kepantasan misi bantuan dilakukan Hamzan dan rakannya di bot tersebut.

“Allah temukan masa yang terbaik.tahniah,Hamzan dipilih. Semoge semua selamat.teruskan niat murni itu, ” kata pengguna Asrul Jawe.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna Ayie Minske menyatakan kapal itu yang mempunyai tiga fungsi sebagai hotel terapung, persiaran dan restoran baharu sahaja hendak memulakan operasinya pada Oktober ini. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI