fbpx

Planet Marikh dulu ada air kini jadi ‘gurun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Berbeza dengan Bumi, Marikh kehilangan sebahagian besar unsur mudah berubah semasa pembentukannya. -NASA

LOUIS, MISSOURI – Sekumpulan saintis mendakwa bahawa permukaan planet Marikh yang dahulunya dipenuhi air kini merupakan ‘gurun’ yang kering kontang, berkemungkinan disebabkan oleh saiznya yang terlalu kecil untuk mengekalkan kelembapan, lapor portal berita Mail Online semalam.

Planet Marikh yang hanya memiliki saiz separuh daripada Bumi merupakan planet kedua paling kecil dalam sistem solar.

Penyelidik kanan dari Universiti Washington di St. Louis, Dr. Kun Wang berkata, struktur planet Marikh tidak mempunyai bahan kimia yang diperlukan bagi membolehkannya menyimpan air untuk satu tempoh yang panjang.

“Berbeza dengan Bumi, Marikh kehilangan sebahagian besar unsur mudah berubah semasa pembentukannya dan unsur-unsur itu menghasilkan cairan dan elemen lain yang diperlukan untuk kehidupan,” katanya.

Kajian sebelum ini mendapati bahawa planet merah itu sebelum ini mempunyai air yang lebih banyak berbanding jumlah air di Lautan Atlantik di Bumi.

Namun, permukaannya kini kering dan tiada air.

Penjelasan sebelum ini mengenai kekurangan air itu adalah meliputi kelemahan medan magnet yang mengakibatkan kehilangan atmosfera planet itu, lalu menyebabkan air tersejat ke angkasa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI