fbpx

NMIM sedia jamin kualiti emas Makmur Gold

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Sabirin (kanan) bersama Hishamuddin (tengah) melihat pengukuran ketulenan emas yang digunakan di makmal Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM), Sepang di sini, hari ini. Foto - FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

SEPANG – Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM) bersedia menawarkan Skim Pengiktirafan Kualiti Emas kepada Makmur Holdings Gold Sdn. Bhd. (Makmur Gold) bagi memastikan jaminan kualiti pengukuran mencapai standard antarabangsa.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad berkata, melalui skim itu, logo Traceability by NMIM akan dipamerkan pada sijil produk emas yang dikeluarkan pemain emas terbesar di Malaysia tersebut.

“Skim ini menetapkan syarat standard tertinggi dalam proses pengeluaran, pengukuran ketulenan dan kompetensi anggota kerja bagi menjamin kualiti emas dikeluarkan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Makmal Pengukuran Ketulenan Emas NMIM di Bandar Baru Salak Tinggi di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Koperasi Makmur Malaysia Berhad, Datuk Hishamuddin Abdullah.

Dr. Ahmad Sabirin berkata, dengan usaha sebegitu, ia secara tidak langsung akan dapat memberi satu keyakinan kepada pengguna mengenai kualiti emas dan mereka akan menerima emas yang tulen tanpa diragui. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN