fbpx

Beberapa kawasan di Ipoh, Manjung dilanda ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota sukarelawan bomba membersihkan pokok tumbang di hadapan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

IPOH – Beberapa kejadian ribut dan pokok tumbang dilaporkan di Manjoi dan Klebang Restu di sini selain di Taman Samudera di Manjung.

Kejadian ribut kira-kira pukul 6.30 petang di Manjung mengakibatkan beberapa buah rumah rosak manakala banyak pokok tumbang sehingga merosakkan harta benda penduduk.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, sebanyak enam kejadian pokok tumbang diterima di Ipoh petang tadi.

Menurut jurucakap tersebut, antaranya di hadapan jalan besar Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh sehingga menghalang lalu lintas.

“Sepasukan anggota sukarelawan bomba Pekan Baru telah dikerah ke lokasi kejadian dan kerja-kerja pembersihan telah dijalankan,” ujar jurucakap tersebut. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI