fbpx

TRW benam Selangor FC II, tempah slot ke Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Selangor FC II (kiri) cuba melepasi kawalan pertahanan Kelantan FC, Christos Intzidis pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. FOTO : IHSAN HAZMIN HUSIN (ORANG MUDA)

KOTA BHARU – Kelantan FC menutup saingan Liga Premier musim ini dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Selangor FC II di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad The Red Warriors (TRW) menamatkan saingan liga pada kedudukan kelapan sekali gus berjaya menampah slot beraksi dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Bermain di atas padang becak, TRW dikejutkan dengan jaringan pertama pasukan pelawat menerusi sepakan percuma Nik Umar Nik Azizi pada minit ke-23 yang bijak memerangkap penjaga gawang tuan rumah, Mohd. Farizal Harun.

Seminit berselang, penjaring terbanyak TRW, Nurshamil Abd. Ghani berjaya menjaringkan gol penyamaan apabila memanfaatkan kesilapan penjaga gol Selangor FC II, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman yang gagal menangkap kemas bola sepakan sudut Mario Arques.

Kelantan FC terus bersorak apabila Syed Sobri Syed Muhd. meledak gol kedua buat pasukannya pada minit ke-38 dan keputusan 2-1 kekal hingga tamat babak pertama.

Pada separuh masa kedua, pelawat yang memperoleh peluang terbaik menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-57 menerusi tandukan Nik Umar namun, tersasar.

Tersentak dengan asakan bertali arus Selangor FC II , TRW bangkit menerusi gerakan menarik ,namun gagal menoktahkan bola ke gol pelawat.

Keputusan 2-1 kekal hingga ke wisel penamat perlawanan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI