fbpx

Paus didakwa cuba bunuh diri kerana tertekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Morgan dilihat tidak bergerak selama 10 minit selepas melompat keluar dari tangki air. – The Sun

KEPULAUAN CANARY, SEPANYOL – Sebuah video memaparkan aksi seekor paus pembunuh melompat keluar dari tangki gergasi  menjadi perdebatan hangat dalam kalangan aktivis haiwan yang mendakwa bahawa kejadian itu adalah  cubaan membunuh diri, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Berdasarkan rakaman yang tular sejak tahun 2016 itu, paus bernama Morgan itu dilihat tidak bergerak selama 10 minit ketika terdampar di tepi tangki.

Aktivis-aktivis haiwan menyuarakan kebimbangan terhadap mamalia itu yang menurut mereka,  ia tidak berasa gembira berada di Zoo Loro Parque, Kepulauan Canary.

Terdapat  video lain yang memaparkan Morgan berulang kali menghentak kepalanya pada pagar besi.

“Ini adalah satu daripada banyak contoh yang memberitahu kita tentang apa yang tidak betul dengan aktiviti penangkapan haiwan seperti ini. 

“Kita tidak akan melihat sikap aneh seperti ini dalam habitat semula jadi,” kata pertubuhan kebajikan dan perlindungan ikan lumba-lumba, Projek Dolfin.

Sehingga kini, masih tidak dapat dijelaskan apa yang cuba dilakukan oleh Morgan, namun pakar-pakar tidak menolak kemungkinan  ia cuba mencederakan dirinya.

Sementara itu, pengurusan Zoo Loro Parque menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan,  tindakan Morgan itu adalah normal.

“Membiarkan badan terdampar seperti itu adalah tindakan normal yang sering dilakukan paus pembunuh apabila ia berburu di habitat semula jadi.

“Ia bukannya tidak gembira. Banyak benda yang boleh ia lihat apabila berada di luar tangki,” ujar Pengarah Loro Parque, Wolfgang Rades.

Morgan ditangkap di Laut Wadden, luar pesisir pantai Belanda dan ‘ditawan’ pada tahun 2010 selepas ditemui dalam keadaan kekurangan zat. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN