fbpx

Kedah kemuka permohonan Hospital Medan ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah akan mengemukakan permohonan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membuka Hospital Medan ATM dengan kapasiti katil Unit Rawatan Rapi (ICU) di negeri ini.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, permohonan itu akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pandemik Covid-19 Kebangsaan pada esok.

Katanya, langkah itu dilakukan berikutan kadar penggunaan katil di wad ICU yang masih tinggi di negeri ini iaitu pada kadar 79.9 peratus.

“Nilai ambang daripada sudut penggunaan katil ICU untuk pesakit Covid-19 yang tidak dapat diturunkan bawah 70 peratus menyebabkan Kedah tidak dapat bergerak ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Realitinya adalah Kedah memilki jumlah katil ICU yang terhad iaitu hanya terdapat di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani dan Hospital Kulim sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, Hospital medan ATM boleh dibuka sama ada di Alor Setar, Sungai Petani atau Kulim mengikut keperluan dan kesesuaian logistik.

“Usaha ini adalah sebagai langkah kerajaan negeri untuk membolehkan negeri ini segera beralih daripada Fasa Satu kepada Fasa Dua PPN,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI