fbpx

Harga ayam turun kepada RM9.50 sekilo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang mengadakan pemantauan harga ayam di sebuah pasar di George Town baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengeluarkan 49 notis kepada penternak, pemborong dan peniaga berhubung isu kenaikan harga ayam yang mencecah RM10.30 sekilogram di negeri ini baru-baru ini.

Ia membabitkan 37 keping Notis Pengesahan Maklumat Barangan/Perkhidmatan (NPMB) dan12 lagi Notis Bertulis (NB).

Pengarah KPDNHEP negeri, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, peniaga telah diberikan tempoh lima hari bagi notis NB dan dua hari bagi notis NPMB untuk membekalkan maklumat kenaikan harga ayam untuk dianalisa bagi mengenalpasti punca kenaikan harga.

Beliau berkata, ia bagi memastikan tiada kenaikan harga yang dibuat bagi mendapatkan keuntungan yang tidak munasabah.

“Selain itu, kita telah mengadakan sesi libat urus bersama penternak, pemborong dan peniaga bagi membantu menstabilkan harga ayam di peringkat rantaian pembekalan dan di pasar awam.

“Hasil perbincangan di semua peringkat, harga ayam di seluruh negeri ini telah menunjukkan penurunan selaras dengan komitmen kementerian dan penternak serta pemborong supaya peruncit boleh menjual ayam pada harga RM9.50 sekilogram di pasar awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berbeza, Mohd. Ridzuan berkata, Seksyen Penguatkuasa yang menjalankan pemeriksaan pematuhan harga maksimum kit ujian pantas antigen Covid-19 di 222 premis di negeri ini mendapati tiada sebarang perlanggaran harga yang dilakukan.

“Bahkan ada peniaga di Seberang Jaya (Seberang Perai) yang menjual pada harga RM16.50 (harga runcit) berbanding RM19.90 yang ditetapkan,” katanya lagi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI