SEBELUM ini, kita mendengar ramai peniaga mengeluh kerana terkesan dengan pandemik Covid-19 hingga mengakibatkan mereka mengalami kerugian besar hingga ada yang terpaksa gulung tikar.
Namun, di sebalik itu semua, terdapat juga dalam kalangan peniaga yang bersyukur kerana masih dapat beroperasi dengan baik dan sambutan pelanggan pun tidak berganjak.
Minggu ini, kolum iGen memaparkan kisah seorang peniaga mengambil peluang menjalankan perniagaan secara dalam talian iaitu bisnes minuman coconut shake. Dia tidak sangka menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan hingga menyebabkan dia kini membuka kedai lebih besar.
—————————————————————————————————————————————————————————————————————–0—-SEJAK awal tahun ini, ramai peniaga mengalami kerugian teruk disebabkan kekangan beroperasi secara normal rentetan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0
dan 3.0.
Namun, PKP bukan penghalang buat Ameera Ayyuni Azman untuk memulakan perniagaan berasaskan minuman coconut shake secara kecilkecilan di Ampang, Selangor.
Wanita berusia 27 tahun itu memilih mengambil risiko besar untuk masuk ke dalam dunia perniagaan ketika ramai usahawan kecil lain gulung tikar.
Ternyata risiko diambil Ameera Ayyuni berbaloi apabila gerai minuman coconut shake secara online diusahakannya mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan.
“Sebelum ini, saya ada berniaga kambing perap secara kecil-kecilan. Daripada situ, saya rasa seronok melihat duit keluar dan masuk sehingga teringin membuka gerai sendiri.
“Saya bersyukur, jenama M Coconut Shake berkembang pantas meskipun orang ramai terpaksa berkurung di dalam rumah. Ketika itu, saya boleh jual 50 hingga 100 cawan sehari.
“Sebenarnya, PKP penyumbang kepada kejayaan perniagaan ini kerana pergerakan masyarakat terbatas.
“Jadi, mereka membeli makanan dan minuman secara online,” katanya ketika ditemu bual iGen baru-baru ini.

Selepas lapan bulan beroperasi, pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, Universiti Nilai itu memberanikan diri membuka cawangan kedua M Coconut Shake di Taman Maluri, Kuala Lumpur.
Ammera Ayyuni memilih melabur wang sebanyak RM100,000 yang diperoleh daripada simpanan dan beberapa orang pelabur untuk menyewa sebuah lot kedai serta menggaji enam pekerja.
Tambahnya lagi, menguruskan perniagaan lebih mencabar berbanding kerja makan gaji, namun pulangan daripada bisnes lebih berbaloi, sekali gus memberi kepuasan kepada diri.
Ameera Ayyuni memaklumkan, cabaran terbesar yang terpaksa ditempuhi dalam bisnes adalah untuk memastikan bekalan buah kelapa mencukupi setiap hari.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia memerlukan sekurang-kurangnya 150 biji kepala muda setiap hari bagi kedua-dua cawangan M Coconut Shake miliknya itu.
“Jadi, saya menyimpan hampir 20 nombor telefon pembekal buah kelapa sebagai konsultan perniagaan bagi memberi tumpuan kepada bisnes yang diceburinya itu.
“Hampir lapan bulan saya buat dua kerja pada satu-satu masa. Selepas pembukaan cawangan kedua, saya rasa seperti tidak cukup masa. Jadi, saya memilih untuk berhenti kerja.
“Saya perlu menumpukan perhatian penuh pada perniagaan ini supaya ia berjalan lancar. Saya juga perlu menjadi ketua dan menguruskan 10 pekerja di dua cawangan,” tegasnya.
M Cocunut Shake menawarkan enam pilihan perisa kepada para pelanggan termasuk original, strawberi dan coklat.

Harga secawan minuman berasaskan air dan isi kelapa itu bermula dari RM5.50 Rezeki PKP bisnes minuman online muda di sekitar Lembah Klang.
“Cabaran lain adalah masalah menguruskan kerenah pekerja. Ratarata pekerja saya berusia awal 20-an, jadi banyak ragam yang perlu saya hadap setiap hari,” jelasnya.
Dia menambah, pelaksanaan PKP juga menyebabkan jumlah pelanggan yang berkunjung ke gerai dan kedai agak rendah berbanding jualan menerusi platform online.
Menjadikan francais minuman Chatime sebagai model, Ameera Ayyuni berharap dapat membuka 10 buah cawangan di seluruh negara.
Jelasnya, ia bukan mustahil memandangkan minuman itu mendapat sambutan daripada masyarakat pelbagai kaum dan umur.
“Saya selalu terfikir, perniagaan aiskrim pun boleh ada banyak cawangan. Tidak mustahil kedai jual minuman coconut shake juga boleh pergi sejauh itu,” ujarnya.
Sebelum mengakhiri bicara, Ameera Ayyuni menasihati orang ramai di luar sana supaya tidak terlalu memilih kerjaya meskipun bergelar graduan.

pada masa depan dengan membuka lebih banyak cawangan.
Jelasnya, jangan sesekali memandang sesuatu kerja itu dari segi luaran sahaja, sebaiknya fikirkan juga manfaat yang boleh diperoleh daripadanya.
“Misalnya, kalau seseorang itu bekerja sebagai juruwang di kedai serbaneka, ambilah peluang sebaik mungkin belajar cara selok-belok perniagaan.
“Dari situ, boleh timba ilmu dalam aspek pengurusan dan menjadi seorang ketua yang baik sebelum memulakan perniagaan sendiri,” ujarnya














