fbpx

Perlindungan takaful percuma buat penghantar makanan di NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin bersama penghantar makanan selepas melancarkan Skim Takaful Tabah 2021 kepada penghantar makanan, hari ini. / FOTO MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Seramai 500 penghantar makanan di negeri ini menjadi perintis penerima manfaat kepada program Skim Takaful Tabah 2021 yang diberikan secara percuma melalui insiatif Tabung Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (Tabah) dalam tempoh setahun.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, skim perlindungan insurans kemalangan bagi penghantar makanan itu bertujuan melindungi golongan itu ketika bekerja.

“Sekiranya berlaku kematian, pihak waris akan menerima pampasan sebanyak RM10,000, manakala RM1,000 bagi khairat kematian.

“Jika kemalangan yang mengakibatkan kecacatan kekal pula, peserta akan menerima RM10,000. Bagi tuntutan hospital, sebanyak RM1,000 diberikan.

“Skim yang bernilai RM30 ini adalah percuma untuk 500 penghantar makanan di seluruh negeri ini selama setahun,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Takaful Tabah 2021 di Seremban hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, sehingga kini, seramai 100 penghantar makanan yang telah memohon secara dalam talian pada peringkat pertama ini.

“Bagaimanapun, kami masih giat menyebar luas maklumat melalui aplikasi WhatsApp dalam kumpulan pelbagai jenis syarikat penghantar makanan bagi menarik lebih ramai penyertaan,” ujarnya.

Mana-mana penghantar makanan yang berminat mendapatkan skim takaful berkenaan boleh melayari Facebok Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan -TABAH. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI