fbpx
Gambar hiasan.

Bayar RM1,000 untuk satu akaun bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tawaran sehingga RM1,000 untuk satu akaun bank membuatkan golongan penagih dan penganggur gelap mata sehingga sanggup menjadi tali barut sindiket Macau Scam.

Malah, ada antara mereka ini ditawarkan keuntungan mengikut peratusan wang yang dima­sukkan ke dalam akaun sebagai dorongan supaya lebih aktif membuka akaun untuk kegunaan kumpulan penjenayah itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew (gambar kecil) berkata, pendekatan terbaharu itu digunakan sindiket termasuk Macau Scam atau pelaburan tidak wujud bagi memudahkan penga­liran wang ketika menjerat­ ­mangsa.

Katanya, tawaran harga itu didapati lebih menarik dan memberangsangkan berbanding sebelum ini hanya sekadar RM200.

“Berdasarkan siasatan, keldai akaun menerima bayaran antara RM500 hingga RM1,000 bagi akaun yang dijual mereka.

“Keldai akaun ini bertindak menjual akaun bagi mendapatkan wang segera ekoran tekanan hidup semasa Covid-19,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Justeru, Muhammad Yazid menegaskan, pihaknya memberi tumpuan menangkap keldai akaun dalam memastikan sindiket-sindiket berkaitan sukar beroperasi atau tidak lagi aktif.

Tambahnya, berdasarkan rekod sebanyak 2,625 keldai akaun berusia antara 22 hingga 60 tahun berjaya ditahan sepanjang tahun lalu hingga Julai tahun ini.

“Sekarang semua transaksi wang adalah menerusi akaun, kalau tiada keldai akaun, maka sindiket tidak boleh bergerak selain mereka yang terjebak ini mengetahui kegiatan sindiket ini,” katanya.

Tambahnya, pihaknya telah menahan 1,745 individu terlibat dalam sindiket pinjaman tidak wujud, Macau Scam dan ah long sepanjang tahun lalu hingga Julai tahun ini.

Sementara itu, Muhammad Yazid mendedahkan, penutupan pintu masuk negara mendorong sindiket merekrut warga tempatan untuk menjadi scammer dengan menawarkan kerja sebagai operator panggilan di Facebook dengan gaji antara RM2,000 hingga RM5,000 sebulan.

Jelasnya, modus operandi itu terbongkar menerusi penahanan seramai 290 individu termasuk 57 wanita dan daripada jumlah itu 125 daripadanya adalah warga tempatan ditahan bagi tempoh Mac tahun lalu hingga Julai lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN