fbpx

Dua Kampung Orang Asli di Pahang kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA –  Dua lagi perkampungan masyarakat Orang Asli di dua daerah berbeza di Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok.

Antaranya Kampung Ulu Pareh di Mukim Sabai, Daerah Bentong yang sudah merekodkan 77 kes positif Covid-19 susulan kluster komuniti diumumkan Kementerian Kesihatan semalam.

Siasatan kes indeks itu dikesan daripada seorang penduduk tempatan yang bergejala pada 8 September dan tiada pun sejarah kontak rapat dengan mana-mana individu positif wabak ini.

Hasil saringan mendapati dia sudah menjangkiti 11 ahli keluarga lain sebelum mengakibatkan puluhan penduduk perkampungan etnik Semai itu kemudian dijangkiti pada 13 September.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, satu lagi lokaliti dikenakan PKPD ialah Kampung Orang Asli Sungai Koi, Mukim Hulu Cheka, Daerah Jerantut.

Perkampungan suku kaum Jah Hut dengan penduduk hanya 150 orang di tanah berkeluasan 50 hektar itu, berjiran dengan dua kluster komuniti yang sudah menjangkiti hampir 200 orang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI