fbpx

WFO tumpu segmen pengurusan aset bernilai tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah) optimis terhadap segmen pengurusan aset bernilai tinggi yang merentasi hingga ke pasaran antarabangsa dan dikendalikan oleh anak syarikatnya, Wasiyyah Family Ofice Sdn. Bhd. (WFO) bakal menyumbang sehingga 15 peratus kepada pendapatan kumpulan menjelang tahun 2023.

Pengerusi WFO, Ariffin Sabirin berkata, kadar peratusan itu mewakili kira-kira  RM16.5 juta dengan nilai aset yang akan dikendalikan pada ketika itu adalah sebanyak AS$700 juta (RM2.9 bilion).

“Kami yakin akan dapat mencapai sasaran tersebut kerana  segmen perkhidmatan patuh syariah ini ditunggu oleh kumpulan sasaran pelanggan di pasaran antarabangsa.

“Tambahan pula, nilai perkhidmatan pengurusan harta dijangka mencecah sehingga AS$697 bilion (RM2.85 trilion) di seluruh dunia pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran WFO secara maya hari ini.

WFO bakal menawarkan perkhidmatan pengurusan dan perancangan harta patuh syariah holistik rentas sempadan kepada pelanggan yang memiliki aset bernilai tinggi.

Perkhidmatan berkonsepkan patuh syariah pertama di dunia itu ditawarkan lebih unik dan berbeza dengan konsep konvensional kerana ia dilaksanakan mengikut keperluan pelanggan, struktur keluarga, hasrat, lokasi harta, sasaran pulangan secara  ‘tailor-made’ .

Model setiap pelanggan akan dibangunkan oleh pasukan khasnya yang tersendiri daripada pakar-pakar berlesen dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.

“WFO mengunjurkan untuk pelanggan yang bernilai tinggi di rantau Asia Tenggar pada peringkat awal pengoperasian syarikat iaitu selain di Malaysia ada Singapura, Brunei dan Indonesia.

“Bagi tahun seterusnya, kami akan meluaskan lagi penguasaan pasaran hingga Eropah dan juga di Asia Barat,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI