fbpx

Ramai lega kes terus menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemungkinan banyak sektor lagi akan dibuka selepas ini.

PETALING JAYA – Orang ramai meluahkan rasa lega apabila kes harian Covid-19 terus menunjukkan penurunan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah melalui hantaran di Facebooknya tadi memaklumkan jumlah keseluruhan kes Covid-19 terkini adalah 15,549 kes.

Berdasarkan jumlah itu, negeri Selangor hanya mencatatkan 1,995 kes Covid-19 berbanding yang tertinggi pernah dicapai pada 26 Ogos lalu iaitu sebanyak 6,936 kes.

Sementara itu, hanya dua negeri sahaja yang mencatatkan lebih 2,000 kes iaitu negeri Johor dengan 2,208 kes dan Sarawak iaitu 2,929 kes baharu.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, orang ramai lega dengan penurunan kes harian tersebut berikutan negeri Selangor kekal menjadi negeri paling tinggi kes harian selama beberapa bulan sebelum ini.

“Tahniah! Ayuh rakyat Malaysia, jangan kita leka, SOP kita jaga ke arah pemulihan negara tercinta,” kata Alex Yong.

“Lega tengok kes di Selangor turun, macam mana pun kena jaga SOP risau naik mendadak semula,” kata Julie.

“Kalau Johor dengan Sarawak tak tinggi, mesti dah bawah 15,000. Ayuh Johor,” kata Mazlina.

“Alhamdulillah.. Kes makin berkurang. Nogori pon semakin surut. Terima kasih KKM,” kata Faizal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI