fbpx

Kes sembuh lebih kes harian, catat 22,970

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Negara merekodkan kes sembuh sebanyak 22,970 kes iaitu melebihi kes harian yang melaporkan sebanyak 17,577 kes termasuk tiga daripadanya adalah kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka baharu tersebut menjadikan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 1,823,248 kes.

“Sebanyak 1,223 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala, 720 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan, terdapat 244 kes atau 1.4 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima manakala, sebanyak 17,333 kes atau 98.6 peratus kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, sebanyak 19 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 11 kluster tempat kerja, enam kluster komuniti dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi kesemuanya dilaporkan di Johor, Melaka, Pahang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan, Kedah dan Sarawak. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI