fbpx

Sejuk hati lihat Mas Idayu berhijab penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPILAN terbaharu Mas Idayu yang sopan dan bertudung dengan sempurna.

SEBELUM ini, kita dilambakkan dengan berita-berita beberapa selebriti wanita tanah air yang sudah berhijab seperti Izara Aishah dan Siti Elizad.

Terbaharu, dapat pula cerita dan foto memaparkan penyanyi dangdut popular iaitu Mas Idayu memakai hijab.

Lebih menguatkan cerita, dia turut memuat naik beberapa keping foto dalam media sosial dengan memakai hijab.

“Nampak muda Mummy (panggilan Mas Idayu). Semoga terus istiqamah,” komen seorang netizen.

“Cantiknya Mummy pakai tudung, sejuk hati tengok,” puji seorang lagi pengikut Instagramnya.

Sehingga kini tiada sebarang pengesahan keluar daripada mulut tuan punya badan.

Jika benar sudah berhijab sepenuhnya, ramai yang mendoakan semoga Mas Idayu kekal istiqamah.

MIZZ LAHAR: Teringat pula lagu Cintaku 100%. Bila agaknya pusat karaoke akan dibuka semula?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI