fbpx
Kumpulan pertama pelancong domestik tiba di LTAL, hari ini.

Langkawi kembali ‘bernyawa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Pulau peranginan popular ini hari ini kembali ‘bernyawa’ dengan kehadiran kira-kira 3,200 pelancong domestik pada hari pertama pembukaan pulau tersebut kepada orang ramai menerusi projek rintis gelembung pelancongan.

Seramai 2,200 pelancong tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) menerusi 18 penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kira-kira 1,000 pelancong lagi tiba di Terminal Penumpang Kuah di sini menerusi tiga perjalanan feri penumpang serta feri membawa penumpang dan kenderaan jenis Roll On Roll Off (RORO) di Terminal Feri Kuala Perlis.

Sementara itu, kumpulan pertama yang terdiri daripada 159 pelancong tersebut tiba di LTAL menerusi penerbangan Boeing 737-800 MH1432 pada pukul 10.45 pagi tadi.

Penumpang penerbangan itu disambut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri dan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor.

Seorang pelancong, Rosmazaini Mohd. Zain, 50, berkata, dia teruja apabila menjadi kumpulan pelancong pertama yang tiba di Langkawi bersempena pelaksanaan gelembung pelancongan.

“Saya bersyukur kerana urusan pengesanan Covid-19 di KLIA pada pagi tadi berjalan lancar kerana kami sekeluarga tiba awal.

“Berdebar-debar juga tunggu keputusan. Alhamdulillah saya, suami dan empat anak semuanya negatif dan dibenarkan menaiki penerbangan ke Langkawi,” katanya ketika ditemui di LTAL di sini hari ini.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR