fbpx

18 lokasi awam di Ipoh dilengkapi Wi-Fi percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumaizi menyampaikan sumbangan tablet kepada salah sorang pelajar SMK RPS secara pandu lalu di pekarangan Dewan Mesyuarat Bandaraya Ipoh pagi tadi.

IPOH – Sebanyak 10 lokasi awam di bandar ini telah dilengkapi dengan kemudahan internet jalur lebar percuma (MBIFREE WIFI) yang disediakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam menjayakan hasrat menjadikan Ipoh sebuah bandar raya pintar.

Antaranya ialah di Bangunan Pusat Penerangan Pelancongan Ipoh, Surau Seri Palma di Botani, Surau Taman Kanak-Kanak, Masjid As-Syakirin (Ulu Kuang), Dewan Bandaran, Medan Kidd, dan Perpustakaan Komuniti Tambun.

Lokasi lain di tempat rehat dan rawat rider (3R) Ipoh, Dewan Sungai Tapah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan (SMK RPS) manakala lapan lokasi seterusnya adalah di Persisiran Sungai Kinta, Taman DR, Bangunan UTC Perak dan enam lokasi 3R.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, projek pemasangan Wi-Fi percuma di kesemua 18 lokasi ini dijangka siap pada penghujung Oktober ini dengan kapasiti kelajuan antara 20Mbps, 100Mbps dan 300Mbps.

Menurut beliau, ia boleh dilayari sehingga 250 pengguna pada satu-satu masa dan kawasan liputan adalah 50 meter dari lokasi kemudahan MBIFREEWIFI tersebut disediakan.

“Kemudahan ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) serta menjayakan Program Tuisyen Cikgu Saarani yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar pada 3 Februari lalu.

“Selain itu, kemudahan ini juga boleh membantu para usahawan setempat untuk mengembangkan lagi pasaran produk mereka di dalam internet,” ujarnya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran MBIFREEWIFI di Dewan Mesyuarat Bandaraya Ipoh pagi tadi.

Pada majlis sama, Rumaizi turut menyerahkan sumbangan tablet kepada lima pelajar SMK RPS bagi tujuan PdPR serta lima pek sumbangan makanan mewakili 50 pelajar yang kurang bernasib baik.

Dalam pada itu kata Rumaizi, selain SMK RPS, menerusi projek MBI Prihatin pihaknya turut menjalankan projek pembangunan empat buah sekolah terlibat.

Ujar beliau, antaranya membina laluan pejalan kaki di hadapan SMK Jalan Pasir Putih dan SMK Seri Ampang, menaik taraf laluan pejalan kaki berbumbung di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bersatu dan mengecat garisan kuning di hadapan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yuk Choy.

Kesemua projek ini melibatkan peruntukan lebih RM280,000.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI