fbpx
Anggota kumpulan K-pop BTS bergambar semasa sidang akhbar untuk mempromosikan album single bertajuk 'Butter' di Seoul pada 21 Mei lalu. - AFP

BTS dilantik sebagai Utusan Khas Presiden di Perhimpunan Agung PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL – Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in melantik kumpulan K-Pop terkenal, BTS  sebagai ‘Utusan Khas Presiden bagi Generasi dan Kebudayaan Masa Depan’ menjelang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor laman berita Wionews semalam.

Kumpulan itu bertemu dengan Jae-in di bangunan utama Blue House yang merupakan pejabat dan kediaman rasmi presiden di Seoul.

Menurut siri ciapan yang dimuat naik di akaun Twitter Blue House yang disahkan, kumpulan itu akan menghadiri sesi Perhimpunan Agung PBB ke-76 di New York pada 20 September ini sebagai sebahagian daripada tugas mereka bersama presiden.

“Oleh kerana BTS telah menyampaikan mesej keselesaan dan harapan kepada dunia selama bertahun-tahun, penyertaan mereka dalam Perhimpunan Agung PBB akan berfungsi sebagai peluang yang bermakna untuk memperluas komunikasi dengan generasi akan datang di seluruh dunia.

“Ia juga akan menarik minat generasi akan datang mengenai isu-isu antarabangsa utama,” demikian ciapan yang dikirim Blue House.

Penyertaan BTS dalam Perhimpunan Agung PBB pada tahun ini adalah kali yang ketiga.

Kumpulan itu sebelum ini pernah menghadiri acara tersebut pada 2018 dan penampilan kedua pada tahun lepas adalah menerusi mesej video yang direkodkan. – Agensi