fbpx

Penghantar makanan dikecam minta pelanggan pakai bra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebilangan penghantar makanan mendakwa ada pelanggan wanita yang sengaja tidak memakai coli kerana ingin menggoda mereka. – Unox

BANGKOK – Tangkap layar satu pesanan ringkas yang dihantar oleh seorang penghantar makanan di Thailand kepada pelanggan wanitanya  menjadi tular di internet dengan ramai netizen mengaitkan perbualan tersebut sebagai gangguan seksual, lapor akhbar Bangkok Post hari ini.

Menerusi perbualan tersebut, penghantar makanan itu mengingatkan pelanggannya supaya memakai bra ketika datang untuk mengambil makanan yang dipesan.

“Kepada pelanggan. Apabila anda datang untuk mengambil makanan, sila pakai bra. Saya berasa tidak selesa (jika anda tidak memakai bra),” tulis penghantar makanan berkenaan.

Bagaimanapun, menurut laporan, penghantar makanan tersebut mengaitkan pesanan itu dengan insiden lain di mana terdapat pelanggan yang tampil mengambil makanan daripadanya tanpa memakai bra.

Tangkap layar yang dimuat naik itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen dan menerima kecaman terutamanya daripada golongan wanita yang menyifatkan mesej tersebut berbaur lucah.

“Sama ada seseorang wanita itu memilih untuk memakai coli atau tidak, itu adalah hak individu. Tiada sesiapa boleh memalukan atau mengganggunya,” tulis seorang netizen.

Seorang lagi netizen wanita menyokong pelanggan tersebut dan berkata, sesetengah perempuan tidak suka memakai bra ketika berada di rumah kerana ingin berasa lebih selesa. 

Menurutnya, mereka tidak akan memakainya untuk seketika hanya semata-mata untuk mengambil makanan daripada penghantar makanan.

Bagaimanapun, sebilangan pengguna lain tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dengan beberapa penghantar makanan berkongsi pengalaman mereka serta mendakwa bahawa ada pelanggan wanita yang sengaja tidak memakai bra kerana ingin menggoda.

Tambah mereka, tabiat tidak memakai bra mungkin perkara biasa di negara Barat, namun tidak di Thailand di mana kes jenayah seksual kerap berlaku.

Selain itu, mereka turut meminta agar pelanggan wanita melindungi diri sendiri daripada jenayah seksual.

Dalam pada itu, syarikat penghantaran makanan tersebut kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji akan menyiasat perkara itu serta menghukum pekerjanya yang terlibat. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI