fbpx

Cederakan penghantar barang, abang blazer merah didenda RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular abang blazer merah pada November lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dikenali ‘abang blazer merah’ yang tular di media sosial kerana mencederakan seorang penghantar barang November tahun lalu didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Muhammad Nazrul Hairie Harmi, 28, selaku orang kena saman (OKS) selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Sekiranya OKS gagal membayar jumlah denda itu, dia boleh dipenjara selama empat bulan dan OKS membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Nazrul didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Samier Ibruhem, 24, menggunakan kaki dan tangan.

Kesalahan itu dilakukan di Lobi Menara IQ, Lingkaran TRX, Tun Razak Exchange di sini pukul 3.59 petang pada 2 November tahun lalu yang didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Zuhairi Osman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada OKS.

Bagaimanapun peguam Rhastdan Abdul Wahab memohon mahkamah mengenakan denda minimum atas alasan anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau selain penanggung utama keluarga.

Terdahulu media melaporkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan kertas siasatan berkait kes pergaduhan antara seorang penghantar makanan dan beberapa individu di sebuah premis perniagaan sekitar Persiaran Tun Razak, Kuala Lumpur telah dilengkapkan.

Sebelum itu, menerusi satu ciapan dalam akaun peribadi di aplikasi X, abang blazer merah itu telah memuat naik gambar satu laporan polis dan dirinya bersama seorang lelaki dipercayai penghantar barang dalam video tular sebelum ini.

Dia juga memaklumkan isu dan salah faham yang timbul antara lelaki itu telah pun diselesaikan cara baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI