fbpx

Kadar pengangguran rakyat Malaysia menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kadar pengangguran rakyat Malaysia menurun sebanyak 0.3 peratus iaitu daripada 5.1 peratus pada suku kedua 2020 kepada 4.8 peratus bagi tempoh sama tahun ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia, di peringkat negeri pula, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah mencatatkan kadar pengangguran lebih 8 peratus iaitu masing-masing pada kadar 8.8 peratus dan 8.7 peratus.

Katanya, ia bermakna daripada 100 orang tenaga buruh di negeri tersebut, sembilan orang daripadanya adalah penganggur.

“Bagi tempoh yang sama, Perlis mencatatkan kadar pengangguran 5.3 peratus manakala enam negeri mencatatkan kadar pengangguran lebih daripada 4.0 peratus iaitu Kelantan (4.8 peratus); Kuala Lumpur (4.7 peratus); Perak, Selangor dan Sarawak (4.4 peratus) serta Terengganu (4.2 peratus).

“Enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan mencatatkan antara 3.5 peratus ke 3.9 peratus manakala kadar pengangguran terendah di Wilayah Persekutuan Putrajaya pada kadar 1.7 peratus,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (UMNO-Machang) yang ingin tahu kadar pengangguran rakyat Malaysia mengikut negeri sehingga Ogos tahun ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI