fbpx

Debut solo hari lahir Hanse

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANSE

HADIAH istimewa menanti peminat penyanyi Hanse daripada kumpulan VICTON apabila agensinya mengesahkan dia bakal muncul dengan debut solo tidak lama lagi.

Play M Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan, Hanse akan memulakan debut solo dengan melancarkan sebuah album pada 25 September ini.

Lebih manis, tarikh pelancaran album debut Hanse dipilih pada hari lahirnya yang ke-24, sekali gus memberi kegembiraan berganda buat peminat untuk meraikan dua kejadian penting pada hari tersebut.

“Album debut solo Hanse daripada kumpulan VICTON akan menemui peminat pada 25 September ini,” ujar agensi Play M.

Hanse sangat dikenali dan dikagumi peminat kerana bakatnya yang pandai menulis lirik lagu. Selama ini, dia merupakan penyumbang bahagian lirik rap dalam semua lagu VICTON.

Malah dia juga menyerlahkan bakatnya dengan menjadi penulis lirik lagu solonya berjudul Where is Love yang terkandung dalam album VICTON yang dilancarkan pada Januari lalu, VOICE: The Future is Now.

Hanse merupakan anggota kedua kumpulan itu yang memulakan gerakan solo selepas Han Seung-woo mendahului dengan debut solo pada Ogos tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI