fbpx

Dakwaan Jepun tidak berasas – Hishammuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Dakwaan ancaman pengganas di Asia Tenggara oleh kerajaan Jepun adalah tidak berasas, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin berkata, beliau dimaklumkan amaran itu dikeluarkan dengan bersandarkan laporan sebuah platform media.

“Dakwaan berhubung isu pengganas itu tidak berasas langsung dan kita menunggu dari Wisma Putra yang bertanyakan Jepun punca mereka mengeluarkan kenyataan berkenaan.

“Tetapi daripada segi ancaman sebenar, saya boleh mengesahkan dalam konteks risikan tentera dan pengesahan daripada Ketua Polis Negara sendiri, tiada timbul sesuatu yang perlu kita bimbangkan di Malaysia,” katanya pada sidang akhbar Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 di Parlimen tadi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI