fbpx

Banci 2020: 79.9 peratus rakyat telah dibanci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa

PETALING JAYA – Seramai 26 juta ataupun 79.9 peratus rakyat negara ini telah selesai dibanci sehingga 12 September lalu menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang dilancarkan pada 7 Julai tahun lalu tidak dapat diselesaikan sehingga kini akibat penularan pandemik Covid-19.

“Covid-19 menjejaskan pelaksanaan banci dan ia ditunda sebanyak empat kali, menyebabkan bancian tidak dapat dimuktamadkan dan ini telah menjejaskan kerja-kerja kita.

“Sehingga 12 September 2021, seramai 26 juta penduduk Malaysia telah dibanci iaitu 79.9 peratus daripada anggaran 32.6 juta rakyat negara ini tahun lalu,” katanya bagi menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris (UMNO-Jerantut) di Dewan Rakyat hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI