fbpx

Shuib jumpa Ayash Affan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran di Instagram Shuib.

PETALING JAYA – Selepas lebih sebulan menanti, pelawak terkenal Shuib akhirnya menerima berita gembira apabila dibenarkan untuk bertemu dengan anak bongsunya, Ayash Affan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur hari ini.

Lebih manis, berita tersebut diterimanya pada hari ulang tahun kelahirannya ke-37 semalam.

“Alhamdulillah, Allah SWT sampaikan berita gembira pada hari kelahiran.

“Esok (hari ini) sudah boleh ke hospital tengok Ayash. Esok juga akan jadi hari pertama melihat dan menyentuhnya,” kongsi Shuib dalam InstaStorynya malam tadi.

Shuib bagaimanapun tidak berkongsi lanjut sama ada anak bongsunya itu akan dibenarkan pulang esok ataupun sebaliknya.

Kosmo! pada 25 Ogos lalu melaporkan Shuib memberitahu Ayash yang lahir pramatang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan daripada inkubator di HCTM UKM dan dijangka dibenarkan dibawa pulang sekitar bulan ini.

Selain itu, Ayash juga telah mula diberi minum susu daripada ibu susuannya iaitu sepupu Shuib sendiri.

Untuk rekod, Ayash dilahirkan secara pembedahan tiga hari sebelum ibunya iaitu Allahyarham Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu akibat Covid-19.

Shuib dan Sarah yang mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 itu dikuniakan tiga lagi cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI